Semakan Status & Kemaskini Untuk Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 -Pembayaran Pada Bulan Januari 2021




Pihak kerajaan memaklumkan akan menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dengan penambaikan kadar bantuan dan kategori penerima.

Ini merupakan senarai kadar bantuan mengikut kategori dalam pelaksanaan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) iaitu intipati Belanjawan 2021.

BUJANG (PENDAPATAN: DI BAWAH RM2,500)

Untuk golongan bujang yang berpendapatan RM2,500 ringgit ke bawah akan menerima BPR sebanyak RM350.

Had umur kelayakan individu bujang juga diturunkan kepada 21 tahun, berbanding syarat sebelum ini, iaitu 40 tahun.


ISI RUMAH (PENDAPATAN DI BAWAH RM2,500)

Untuk kategori isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dan mempunyai sehingga seorang anak akan menerima bantuan sebanyak RM1,200.

Sementara isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM1,800.


ISI RUMAH (PENDAPATAN: RM2,501-RM4,000)

Untuk isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM2,501 hingga RM4,000 dan mempunyai sehingga seorang anak, bantuan BPR sebanyak RM800 akan diberikan.

Manakala untuk isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM1,200.

ISI RUMAH (PENDAPATAN: RM4,001-RM5,000)

Pihak kerajaan juga akan membantu golongan isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM4,001 hingga RM5,000.

Kategori ini pula akan menerima bantuan berjumlah RM500 untuk isi rumah yang mempunyai seorang anak dan bantuan RM750 diberikan kepada isi rumah yang mempunyai dua anak atau lebih.


Secara keseluruhan, pemberian BPR ini dijangka akan memanfaatkan seramai 8.1 juta orang dengan peruntukan dana sebanyak RM6.5 bilion berbanding 4.3 juta penerima dan peruntukan RM5 bilion sebelum ini di bawah program sebelum ini iaitu BSH.

Permohonan BPR 2021 Online

Untuk makluman anda, ini adalah butiran permohona jika anda ingin memohon dan layak :

Pendaftaran Bantuan Prihatin Rakyat 2021 boleh dibuat pada minggu ketiga bulan Januari 2021.

Kaedah Untuk Mendaftar Secara Online

Berikut adalah butiran yang penting yang perlu anda semak dan kemaskini sebelum anda membuat permohonan baharu : 

  • Kemaskini status perkahwinan anda
  • Yang belum ada, sila daftar akaun bank BSN terlebih dahulu
  • Sedang dikemaskinikan

Kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat 2021

Anda perlu kemaskini dengan maklumat dan info anda yang terkini. Maklumat akan dikemaskinikan untuk anda.

Tarikh pembayaran untuk BPR 2021 ialah pada bulan Januari 2021. Tarikh yang tepat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Sumber: http://www.hasil.gov.my/

Semakan Bantuan Prihatin Rakyat

Jika anda ingin membuat semakan status Bantuan Prihatin Rakyat 2021 anda, sila buat semakan di sini: bpn.hasil.gov.my

Soalan Lazim 

1. Bila tarikh pembayaran BPR 2021?
- Pada bulan Januari 2021

2. Bila permohonan baru akan dibuka?
- Sedang dikemaskinikan

3. Apa itu Bantuan prihatin Rakyat?
- Bantuan khas kewangan dari kerajaan yang diberikan kepada golongan B40 & M40 dalam pengumuman Bajet Belanjawan 2021

4. Adakah ia sama dengan bantuan suami prihatin 2021?
- Tidak sama sekali

5. Bagaimana untuk membuat semakan BPR secara online?
- Rujuk di bahagian atas halaman ini


Semoga perkongsian ini dapat membantu dan memberi informasi yang lengkap kepada anda semua. 


Post a Comment

1 Comments

  1. Kenapa bantuan saya tidak diluluskan..
    Sebelum nie okay je..saya masih stay bujang lagi..belum khawen lagi..saya perlu bantuan ini..

    ReplyDelete