i-Lestari: Tarikh Pembayaran Wang KWSP Ke Dalam Akaun Untuk Bulan Januari 2021



Untuk pencarum yang telah membuat permohonan pengeluaran i-Lestari KWSP pada tahun 2020, pembayaran i-Lestari KWSP untuk bulan sebelum ini telah dikreditkan ke akaun masing-masing seperti yang ditetapkan. Jika anda belum menerima bayaran atau gagal dikreditkan, anda boleh kemskini akaun bank di portal i-Lestari Online atau terima Cek Jurubank daripada pihak KWSP.

Khas kepada pencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), rujuk kaedah untuk kemaskini dan buat pembatalan i-Lestari KWSP ini. Sebagai info, ahli KWSP boleh buat semakan baki akaun kedua dan kemaskini i-Lestari KWSP secara online dalam portal ilestari.kwsp.gov.my.


TARIKH PEMBAYARAN I-LESTARI KWSP UNTUK BULAN JANUARI 

Ini adalah perkongsian tentang maklumat Pengeluaran i-Lestari KWSP termasuk penerangan konsep am, tarikh dan semakan status.


JADUAL BAYARAN PENGELUARAN I-LESTARI KWSP

Berdasarkan respon pihak KWSP, Ahli hanya perlu membuat permohonan pengeluaran sekali sahaja. Ahli akan mendapat bayaran i-Lestari dalam tempoh yang sama pada setiap bulan berikutnya. Namun, bayaran ini akan diproses pada hari bekerja jika tarikh bayaran jatuh pada hari Sabtu, Ahad atau cuti umum.

Rujuk jadual pembayaran di bawah ini :






KAEDAH UNTUK BUAT SEMAKAN BAKI KWSP AKAUN 2

Untuk Ahli yang mempunyai i-Akaun KWSP, anda boleh semak baki dan pembayaran pengeluaran i-Lestari secara atas talian. Ikuti kaedah ini :

  1. Login i-Akaun KWSP bagi anda yang ada akaun. Jika tiada, buat pendaftaran di Kiosk KWSP berdekatan.
  2. Pilih Withdrawal/ Pengeluaran
  3. Pilih Withdrawal History


KAEDAH UNTUK BUAT SEMAKAN STATUS PENGELUARAN I-LESTARI KWSP

Ikuti langkah-langkah ini untuk membuat semakan status anda :
  1. Semakan status boleh dibuat secara online menerusi laman web https://ilestari.kwsp.gov.my
  2. Klik pautan ‘SEMAK STATUS’.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit yang didaftarkan.
  4. Klik pada kotak ‘saya bukan robot’.
  5. Kemudian, klik pada butang semak.


Untuk info lebih lanjut tentang Pengeluaran i-Lestari KWSP, sila hubungi di talian hotline KWSP: 03-8922-4848

Atau sila layari laman web ini www.epf.gov.my atau e-mel ke sini: ilestari@epf.gov.my.


Semoga perkongsian dan informasi ini dapat membantu anda semua terutamanya untuk pencarum dalam KWSP. Semoga bermanfaat!


Post a Comment

0 Comments