i-Sinar : Semakan Status Pembayaran & Pengeluaran Wang KWSP (Kategori 1)



Berita baik untuk semua pencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Ini kerana pihak KWSP telah memngumumkan makluman terkini tentang pengeluaran wang untuk akaun 1.

Untuk makluman anda, status pengeluaran i-Sinar boleh disemak di portal rasmi isinar.kwsp.gov.my bermula 4 Januari ini.

Pembayaran wang KWSP ini dijangka akan diagihkan pada pertengahan bulan ini.

Untuk permohonan yang tidak lulus dalam kategori 1, anda boleh membuat permohonan kategori 2 pada 11 Januari ini.

Baru-baru ini, pihak KWSP bersetuju untuk meluaskan program i-Sinar iaitu memberikan manfaat dalam jumlah 8 juta ahli yang terjejas.

Pencarum KWSP yang layak untuk mengeluarkan wang mereka sehingga RM10,000 dan juga RM60,000 bergantung kepada kriteria yang terlibat.

Pengeluaran kemudahan i-Sinar ini akan membabitkan peruntukan sebanyak RM70 bilion.


Semakan Status Pengeluaran

Ini adalah cara membuat semakan status i-Sinar, boleh rujuk cara ini :

Untuk makluman anda, ahli hanya boleh membuat semakan bermula 4 Januari 2021 iaitu hari ini.


Dalam Belanjawan 2021 yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 6 November yang lalu, beliau memaklumkan pengeluaran Akaun 1 KWSP secara bersasar akan dibenarkan berjumlah RM500 sebulan yang memberikan manfaat kepada 600,000 orang ahli sahaja.

Dengan makluman terbaharu daripada KWSP ini, ramai lagi pencarum yang layak untuk memohon kemudahan i-Sinar dan permohonan tersebut akan dibuka mulai Disember 2020.

INFOGRAFIK i-SINAR










Untuk info lebih lanjut atau ingin membuat pertanyaan tentang i-Sinar, sila hubungi pihak KWSP di talian ini : 03-8922 6000 

Atau anda boleh layari : https://www.kwsp.gov.my/  untuk maklumat lanjut.


Semoga perkongsian dan panduan ini dapat memberi info yang jelas dan membantu anda semua. Semoga bermanfaat!

Post a Comment

0 Comments