PERMAI: Pembayaran Pendahuluan RM1,000 Akan Diberikan Untuk i-Sinar Kategori 2




PUTRAJAYA – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melaksanakan pembayaran pendahuluan bermula 26 Januari ini, perkara ini diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang media petang tadi.

Kata beliau, pendahuluan ini bertujuan untuk menambahbaik kemudahan i-Sinar terutama kepada mereka yang menghadapi cabaran akibat PKP dan bencana banjir yang melanda negara pada masa ini.

“Kerajaan telah dimaklumkan bahawa KWSP akan membuat bayaran pendahuluan sehingga RM1,000 bagi permohonan i-Sinar kategori 2,” katanya.

Pembayaran pendahuluan sebanyak RM1,000 ini akan diagihkan kepada pencarum i-sinar pada 26 Januari ini.

Proses ini akan dipermudahkan di mana ahli hanya perlu mengisytiharkan sendiri bahawa mereka mempunyai kriteria yang ditetapkan dan hantar permohonan dalam talian.

Setakat 13 Jan, lebih 3 juta permohonan telah diluluskan dengan jumlah RM24 bilion akan disalurkan tahun ini. Maklumat lanjut akan diumumkan KWSP dalam masa terdekat.


Semoga perkongsian dapat memberi info yang jelas kepada anda semua.

Semoga bermanfaat!

Post a Comment

0 Comments