PERMAI: Semua Pengguna TNB Diberikan Rebat Elektrik Selama 6 Bulan






Dalam sidang media petang tadi, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan rebat elektrik diberikan kepada semua pengguna TNB untuk tempoh 6 bulan bermula pada 1 Januari hingga 30 Jun 2021.

Menurut sidang media tadi, rebat elektrik ini diberikan pada kadar 2 sen setiap kWh.


Selain itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi sidang media tadi ada mengumumkan bahawa diskaun bil elektrik sebanyak 10% akan diberikan kepada 6 sektor perniagaan atau perkhidmatan yang terpilih mulai bulan Januari sehingga Mac 2021 ini.





Antara sektor yang diberikan diskaun elektrik ialah pengendali hotel, taman tema, pusat konvesyen, pusat beli belah, syarikat penerbangan tempatan dan agensi pelancongan.



Semoga informasi ini bermanfaat kepada anda semua dan kongsikan informasi ini.

Post a Comment

0 Comments