Bantuan Awal Persekolahan KPM Berjumlah RM100 ~Untuk Murid Tahun 1 Hingga Tingkatan 5




Bantuan Awal Persekolahan (BAP) ini telah diperkenalkan sejak tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban dalam perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga.

Bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dan dalam kalangan keluarga yang berpendapatan rendah.

Rujuk perkongsian ini untuk info lebih lanjut tentang pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) ini oleh pihak KPM.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN 

Syarat kelayakan untuk menerima bantuan awal persekolahan ini :

  • Murid adalah warganegara Malaysia
  • Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya
  • Berasal dari kategori isi rumah yang berpendapatan bulanan (kasar) sebanyak RM3,000 dan ke bawah
  • Bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)


JUMLAH BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN KPM 

Murid yang menerima bantuan ini akan diagihkan sekaligus dengan jumlah RM100 untuk setiap murid yang layak.

PEMBERIAN BANTUAN 

Bantuan ini dilaksanakan bermula pada bulan Januari sehingga Jun untuk setiap sesi persekolahan tahun semasa. Bantuan akan diagihkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seawal pada 4 Januari tahun semasa secara berperingkat terus ke :

  • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah, atau
  • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk sekolah yang tidak memiliki Akaun KWK

Setiap sekolah yang telah menerima bantuan akan mengumumkan tarikh rasmi untuk pengagihan wang bantuan kepada murid-murid yang layak.

Tarikh pengagihan Bantuan Awal Persekolahan kepada murid akan diumumkan oleh pihak sekolah.


KAEDAH UNTUK MEMOHON BAP

Setiap murid yang layak tidak perlu membuat permohonan secara individu untuk Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang berjumlah RM100. Pihak sekolah akan menyediakan senarai nama murid yang layak dan diumumkan kepada mereka tentang permberian bantuan.

Jika ada murid yang belum pernah menerima Bantuan Awal Persekolah dan ingin memohon bantuan, murid tersebut boleh membuat permohonan melalui Borang Permohonan yang disediakan. Sila maklumkan kepada pihak sekolah untuk urusan permohonan yang selanjutnya.


Semoga informasi dan panduan ini dapat memberi info yang jelas dan dapat membantu anda semua. Semoga bermanfaat!



Post a Comment

0 Comments