i-Citra: Pengeluaran Wang KWSP Bermula 15 Julai 2021 -Mohon Sekarang!





Baru-baru ini, program i-Citra telah dikenalkan untuk menggantikan i-Sinar dan i-Lestari. Ini adalah medium untuk buat pengeluaran wang simpanan di dalam akaun KWSP anda.

Kemudahan ini khas untuk semua pencarum KWSP yang berumur di bawah 55 tahun.

Permohonan ini akan dibuka kepada semua pencarum bermula pada 15 Julai 2021 iaitu bersamaan dengan hari Khamis.

Syarat Kelayakan Memohon i-Citra 2021 

Para pencarum perlulah memenuhi syarat-syarat untuk membuat permohonan dan layak buat pengeluaran wang. Berikut adalah syarat kelayakan :
  1. Ahli KWSP yang berumur di bawah 55 tahun.
  2. Bermastautin di Malaysia.
  3. Jumlah baki simpanan adalah minimum sebanyak RM150.
Pengeluaran wang akan dibuat melalui Akaun 2. Jika baki Akaun 2 tidak mencukupi, Akaun 1 akan digunakan untuk pengeluaran.

Permohonan i-Citra Secara Online 

Anda boleh mengakses permohonan secara online dalam laman web ini: icitra.kwsp.gov.my

Jumlah Pengeluaran Wang i-Citra 

Jumlah pengeluaran i-Citra maksimum adalah sebanyak RM5,000. Jumlah RM1000 setiap bulan akan dibayar dalam tempoh 5 bulan.

Bayaran minimum yang boleh dibuat setiap bulan adalah sebanyak RM50.

Para pencarum perlu mempunyai baki minimum sebanyak RM100 di dalam akaun KWSP masing-masing.


Semoga panduan dan perkongsian ini dapat memberi manfaat dan membantu anda semua. Semoga bermanfaat!

Post a Comment

0 Comments