NADMA: Permohonan Bantuan RM5,000 Untuk Waris Pesakit Covid-19 -Boleh Rujuk Untuk Membuat Tuntutan




Untuk semua waris kepada pesakit Covid-19 yang meninggal dunia, anda disarankan untuk membuat permohonan tuntutan wang ihsan berjumlah RM5,000 dari Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, pihaknya tidak dapat memberi bantuan tersebut jika waris tidak membuat permohonan.

“Pesakit yang meninggal akibat Covid-19, kita beri (wang ihsan) bertujuan untuk mengurangkan bebanan mereka kerana mungkin yang meninggal adalah ketua keluarga, sekurang-kurangnya boleh bagi bantuan segera,”
kata beliau.

Bantuan Khas Pengurusan Kematian Covid-19 Nadma ini adalah bantuan secara one-off berjumlah RM 5,000 yang disalurkan kepada waris Si Mati yang telah meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19.




Syarat Kelayakan Dan Cara Untuk Memohon 

Rujuk gambar ini untuk panduan :




BORANG PERMOHONAN ADALAH SEPERTI BERIKUT :






Semoga panduan dan perkongsian ini dapat memberi info yang penting dan dapat membantu anda. Semoga bermanfaat!

Sebarkan info ini kepada rakan-rakan anda.



Sumber : e-portalmalaysia.com



Post a Comment

0 Comments