Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2021 Secara Online -Hanya RM300-RM470 Sebulan!




Sudah tentu anda ingin memiliki rumah sendiri untuk keluarga anda dan anda sendiri. Oleh itu, berikut adalah perkongsian untuk anda yang ingin memiliki rumah idaman sendiri.

Untuk makluman anda, Syarikat Perumahan Negeri Berhad (SPNB) telah memperkenalkan satu skim perumahan iaitu Rumah Mesra Rakyat Plus RMRPLUS untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah (B40) yang tidak mempunyai rumah . Untuk anda yang berkelayakan, anda boleh memohon Rumah Mesra Rakyat Plus SPNB ini secara online dalam portal rasmi SPNB.

Berikut dikongsikan maklumat tentang Permohonan Rumah Mesra Rakyat SPNB termasuk memaparkan syarat kelayakan , pelan perumahan dan cara untuk memohon.

Rumah Mesra Rakyat (RMR)

Projek RMR dilaksanakan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.





Harga & Pelan Reka Bentuk RMR 

Harga untuk setiap tempat adalah berbeza tapi pelan pembinaanya adalah sama iaitu 1 tingkat dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Berikut adalah harga RMR mengikut tempat :

1. Keluasan Rumah 1,000 KPS (Semenanjung)

Harga : RM75,000
Subsidi pembinaan : RM20,000
Jumlah Pinjaman : RM55,000
Anggaran Bayaran Bulanan (16 Tahun) : RM300









2. Keluasan Rumah 850 KPS (Pulau di Semenanjung)

Harga : RM85,000
Subsidi Pembinaan : RM20,000
Jumlah Pinjaman : RM65,000
Anggaran Bayaran Bulanan (16 Tahun) : RM350





3. Keluasan Rumah 750 KPS (Sabah / Sarawak / Labuan)

Harga : RM75,000 - RM106,000
Subsidi pembinaan : RM20,000
Jumlah Pinjaman : RM55,000 - RM86,000
Anggaran Bayaran Bulanan (16 Tahun) : RM300 - RM470







Kaedah Membuat Permohonan RMR 

Berikut adalah kaedah untuk membuat permohonan :

1. Secara Online
  1. Layari laman web SPNB di pautan https://rmr.spnbonline.com.my/
  2. Klik Pendaftaran Baru dan isikan borang pendaftaran dengan lengkap
  3. Kemudian, ID Login dan Kata Laluan akan dihantar ke e-mel yang didaftar
  4. Log masuk ke SPNB dengan ID dan kata laluan yang diberikan
  5. Lengkapkan borang yang dikehendaki
  6. Setelah isi borang, klik Selesai Pendaftaran dan Cetak Borang
  7. Hantar borang beserta dokumen yang lengkap ke Pejabat SPNB atau cawangan SPNB yang berdekatan

2. Secara Manual
  • Borang permohonan boleh didapatkan di Cawangan SPNB dan dihantar kembali kepada SPNB selepasa permohonan beserta dokumen sokongan dilengkapkan.

Senarai Dokumen Yаng Dіреrlukаn 

  • Sаlіnаn kаd pengenalan pemohon dan раѕаngаn
  • Sаlіnаn kаd pengenalan tuаn tanah
  • Sаlіnаn kаd pengenalan pemohon kеduа/bеrѕаmа
  • Sаlіnаn gеrаn hаk milik tаnаh tеrbаru dan ѕіjіl саrіаn rаѕmі dari Pejabat Tаnаh уаng tеrbаru.
  • Slip gаjі tеrkіnі / surat akaun ѕumраh реndараtаn / ѕurаt реngеѕаhаn реndараtаn(dіѕаhkаn оlеh ketua kаmрung, penghulu)
  • Surat аkаun ѕumраh / ѕurаt реngеѕаhаn tidak memiliki rumаh аtаu mеmіlіkі rumаh уаng uѕаng. (disahkan оlеh ketua kаmрung atau penghulu)
  • Surat akaun kеbеnаrаn pelepasan tuan tаnаh
  • Sаlіnаn ѕіjіl nikah pemohon (jіkа berkahwin)
  • Bоrаng laporan tapak bеrgаmbаr

Syarat-Syarat Kelayakan Membuat Permohonan 

Berikut adalah syarat kelayakan untuk membuat permohonan RMR :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas
  3. Pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM3,000
  4. Pemohon atau pasanagan tidak memiliki rumah sendiri atau memiliki rumah usang / tidak sempurna
  5. Tapak / tanah bersesuaian dan bebas daripada gadian / bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan pemilik tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran pemilik
  6. Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 KPS (tertakluk kepada reka bentuk)




Semakan Status Kelulusan 

Maklum balas pemohon akan diproses dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan hanya akan dibuat tertakluk kepada peruntukan kewangan tahunan.

Untuk pembinaan rumah, tempoh yang diperuntukkan adalah selama 18 bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong dan perjanjian tertakluk kepada terma dan syarat.


Jika ingin membuat pertanyaan atau info lebih lanjut tentang RMR, anda boleh hubungi talian ini :

No. Tel : 03-2618 5555 / 03-2618 5556 (Talian Am)
Emel : aduan@spnb.com.my
No. Faks : 603-2681 0170

IBU PEJABAT

Syarikat Perumahan Negara Berhad
Tingkat 8, Wisma Perkeso
Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur

Anda juga boleh layari portal rasmi ini : http://www.spnbmesra.com.my/


Semoga panduan dan perkongsian ini dapat membantu anda dalam memohon RMR untuk memiliki rumah idaman sendiri. Semoga berjaya!


Post a Comment

0 Comments