Pakej Murah Telefon Bimbit & Data Internet Untuk Semua Rakyat Malaysia -Mohon Sini!




Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah memaklumkan bantuan peranti mudah alih dan internet untuk rakyat Malaysia iaitu Pakej Remaja Keluarga Malaysia Dan Peranti Keluarga Malaysia.

Bantuan ini dilaksanakan untuk memastikan setiap rakyat mempunyai akses internet pada kos yang murah terutamanya untuk golongan pelajar dan remaja serta golongan yang berpendapatan rendah.

Ini adalah perkongsian tentang maklumat dalam bantuan ini dan cara-cara untuk membuat permohonan.

Pakej Remaja Keluarga Malaysia 

Pakej Remaja Keluarga Malaysia ialah pakej prabayar khas untuk golongan remaja dan pelajar termasuk pascasiswazah.

Melalui pakej ini, anda akan menerima data internet dengan bayaran hanya RM10 sebulan (dibayar RM30 untuk 3 bulan) untuk had data sebanyak 20GB untuk 3 bulan. Ia juga disediakan dengan 1GB percuma setiap hari selama 3 bulan (90GB) untuk aktiviti produktiviti.

Untuk data 20GB tersebut, mereka boleh gunakan untuk aktiviti seperti penghantaran mesej, melayari internet, memuat turun video, permainan dalam talian dan aktiviti hiburan.

Manakala untuk data 1GB percuma setiap hari pula, ia dapat digunakan untuk pembelajaran atas talian serta aktiviti bekerja dari rumah.




Pakej Peranti Keluarga Malaysia 

Pakej Peranti Keluarga Malaysia adalah sebuah pakej yang membolehkan rakyat Malaysia memiliki atau menaik taraf kepada peranti mudah alih dan VoLTE secara percuma.

Peranti ini boleh dimiliki dengan langganan serendah RM40 sebulan dengan kontrak selama 12 hingga 24 bulan dan tertakluk kepada jenis peranti dan perkhidmatan yang dilanggan.

Menerusi pakej ini, pengguna juga akan menikmati 1GB data percuma untuk aktiviti produktiviti.




Tarikh Membuat Permohonan Pakej 

Permohonan bantuan ini bermula pada 15 Oktober 2021 sehingga 15 April 2022.

Kaedah Untuk Membuat Permohonan 

Untuk membuat permohonan, orang ramai perlu hubungi syarikat komunikasi yang terlibat dalam pelaksaan kedua-dua pakej ini.

Pengguna yang layak boleh melanggan kedua-dua pakej ini dengan mendaftar kad pengenalan yang sama.

Berikut adalah senarai syarikat komunikasi yang terlibat :




Untuk info lebih lanjut atau ingini membuat pertanyaan, anda boleh KLIK SINI atau melayari lama web rasmi Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia di sini: https://www.kkmm.gov.my/


Semoga panduan dan perkongsian ini dapat memberi info yang jelas dan dapat membantu anda semua dalam membuat permohonan pakej ini. Semoga bermanfaat!



Post a Comment

0 Comments